Login Form

Tidak ada account? Silahkan mendaftar.

Register Form

Buah Manjakani

PERTEMUAN PERTAMA SAYA DENGAN BUAH MANJAKANI YANG AJAIB

Ingin saya membuka cerita dengan kisah buah manjakani luar-biasa yang telah menukar kehidupan saya tetapi benarkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu!

“Segala yang diperlukan manusia untuk kesihatan dan penyembuhan dibekalkan Tuhan di alam semulajadi, cabaran bagi sains untuk mencarikannya.” Philippus Theophrastrus Bombast dari Aureolus ~ Paracelsus (1493-1541)

Alia

Nama saya Alia Michele Elkine. Saya dilahirkan dan membesar di Paris. Dalam tahun-tahun lewat 80an, tidak banyak masalah dalam hidup walaupun sudah ada tanda-tanda waktu kesempitan menghampiri. Saya bertungkus-lumus 12 hingga 14 jam sehari bekerja tetapi untuk apa saya tertanya-tanya diri. Ke mana halatuju saya? Saya benar-benar ingin mengkaji alam sejagat dan sifat semulajadi manusia tetapi yang lebih pentingnya saya perlukan perubahan. Pada tahun 1998, hasrat melepaskan diri daripada belenggu jadual harian mendorong saya mengambil tindakan meninggalkan Paris dan datang ke Malaysia, yang pernah saya lawati pada tahun 80an dan langsung terpikat olehnya.

Saya memang berminat dari dulu lagi dalam tumbuhan dan manfaatnya. Sejak usia kecil lagi, saya menemui keagungan Sang Alam – bagaimana kepingan kulit kayu, daun-daunan atau akar-akar mempunyai sifat menyembuh. Kini semakin ternyata kebangkitan semula yang mendadak, bukan sahaja dari segi penyembuhan semulajadi bahkan penggunaan produk-produk semulajadi untuk kekal sihat dan bertenaga.

Tapak saya yang pertama ke alam penyembuhan bermula dengan rempah-rempahan yang biasa didapati seperti lada hitam, kayu manis dan rosemary yang semuanya terdapat di rumah. Saya kemudiannya diperkenalkan pada kunyit, bunga cengkih, jintan manis, dan asam jawa. Hari ini, rempah-rempahan di dapur saya digunakan sebagai bantuan-asas perubatan.

Malaysia terbukti tempat unggul buat saya menjalankan kerja penyelidikan. Lebih daripada 60 peratus keluasan negara ini terdiri daripada hutan-rimba yang mengandungi tumbuhan dan serangga yang belum lagi diklasifikasi dan tidak diketahui manusia. Seperkara menarik ialah betapa berpengetahuannya penduduk setempat mengenai penggunaan herba tradisional. Kini, biasa kita jumpa sekotak Paracetamol bersebelahan “Minyak Gamat”.

Adat menurunkan resipi keluarga nenek-moyang dari satu generasi ke generasi seterusnya masih kukuh dan berterusan, bukan sahaja di Malaysia malahan di serantau. Mahu dapatkan ilmu, perlulah dari kalangan keluarga. Tapi saya bertuah menjadi ‘anak angkat’ kepada dua pakar penyembuh. Mereka mengajar saya sifat-sifat terapeutik bagi buah, biji, kulit kayu pokok, daun, bunga dan akar. Saya mempelajari formula yang turun-temurun. Tahun demi tahun saya mengumpul maklumat mengenai tumbuhan dan rempahan seawal 2500 Sebelum Masehi lagi.

Saya perhatikan bahawa wanita Melayu menyanjung kewanitaan mereka dengan begitu bangga bagaikan pahlawan dengan pakaian persenjataannya. Ianya bukan sahaja pada soal pemakaian bahkan juga lenggang-lenggok jalan yang semestinya santun, lemah-lembut dan seimbang. Satu senyuman malu-malu sikit terpancar di wajah tapi yang penting sekali, mereka menjaga pinggang yang ramping untuk sentiasa kelihatan muda.

Upacara penyembuhan orang Melayu dalam penjagaan lepas bersalin menunjukkan bagaimana kaum wanita menjaga dengan begitu teliti dan rapi untuk mengekalkan bentuk badan yang lansing.

Selepas bersalin, wanita Melayu akan berehat dan dijaga selama 40 hari oleh seorang bidan atau orang tua dalam keluarga. Waktu 40-hari pemulihan ini disebut ‘dalam pantang’. Hari-hari pertama, ibu muda tidak dibenarkan memijak di atas lantai dan kaki disarungkan stokin. Enam ela kain sarung dililit keliling perut; ada pula yang mengguna kaedah tekanan lembut dengan batu panas berbalut tuala sambil diurut untuk mengembalikan kedudukan rahim.

Beliau digalak makan sup ikan haruan yang enak dan minum ramuan yang dibuat daripada buah manjakani, bawang putih dan halia untuk memanas seterusnya menyembuh tubuh-badan yang lemah. Prosedurnya berbeza dari wilayah ke wilayah serta tradisi keluarga tetapi pokok-pangkalnya adalah untuk memastikan ibu yang sedang memulih itu panas, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengembalikan tenaga serta kelansingan badan.

Perkenalan pertama saya dengan buah manjakani adalah pada tahun 2000, sebaik sahaja lepas melahirkan anak perempuan bongsu saya. Saya menanggung kesakitan perit yang biasa dialami wanita selepas bersalin.

Saya menyuarakan hal ini kepada seorang rakan dan sejam kemudian, beliau mengetuk pintu rumah saya dengan sebiji buah yang dinamakan ‘manjakani’. Kawan saya tidak putus-putus meyakinkan betapa buah ini boleh melegakan saya dan ianya diguna secara meluas di Asia. Jadi atas nasihat beliau, saya menggosok buah tersebut di permukaan tepu, mengambil hasilan cecair kehitaman, lalu menyapunya terus ke bahagian yang sakit.

Semalaman saya terasa denyutan kuat tetapi yang menghairankan saya, kesakitan hilang dan luka pula sembuh sepenuhnya pada keesokan pagi. Cakap pasal sembuhan sekelip mata! Memandangkan biasanya, saya terpaksa menunggu sekurangnya 6 bulan untuk melihat hasil-kesan produk herba yang lain yang saya guna, maka bayangkan apa yang terlintas dalam fikiran saya!

Tertarik dengan sifat menakjub buah ini, saya menjalankan penyelidikan yang meneruja menggunakan buah ini sebagai produk kesihatan dan kecantikan.