Login Form

Tidak ada account? Silahkan mendaftar.

Register Form

Infinitree 1

Tertarik dengan sifat-sifatnya yang menakjubkan, saya menjalankan penyelidikan yang meneruja menggunakan buah ini sebagai produk kesihatan dan kecantikan.

Buah manjakani diguna secara meluas sebagai ubatan ‘lepas bersalin’ untuk menyekat pendarahan dalam, menguat dan mengetatkan dinding rahim dan dalam masa yang sama, mengetat dan mengembalikan keanjalan kulit yang akhirnya, juga mengurangkan tanda kulit menegang. Begitu juga, gadis remaja digalak mengambilnya bagi mengatasi masalah jerawat.

Buah ini diketahui menghindar berulangnya tanda-tanda kulit menegang, melembutkan kulit dan mengekalkan.

Ia mempunyai sifat-sifat anti-menyansang, anti-bakteria, anti-fungus dan anti-yis.
Ianya penuh khasiat gentian dan protein, di samping gabungan semulajadi anti-oksida (Polyphenol) yang membantu melindung wanita daripada kanser buah dada dan rahim. Buah manjakani diketahui telah digunakan lebih daripada dua ribu (2000) Sebelum Masehi dan sejak itu, sewajarnya digelar ‘anugerah Sang Alam kepada kaum hawa’.

Ujian terawal saya tidak begitu rumit. Buah manjakani dimasukkan ke dalam nasi yang sedang tanak. Buah menjadi empuk setelah nasi tanak. Rasanya yang pahit mendorong saya memotongnya kecil-kecilan dan menyalutnya dengan nasi dalam bentuk bebola kecila sebelum ditelan. Peliknya, nasi tidak pula terasa pahit.

Beberapa hari kemudian, saya dapati kulit saya selicin kulit bayi. Ruam-ruam di bahagian atas lengan tiada kelihatan manakala kulit nampak lembut dan tegang keseluruhannya. Tambahan, saya tidak lagi menanggung masalah lawas-perut dan lebih mudah bangun pada pagi hari.

Saya dimaklumkan bagaimanapun, buah manjakani perlu diambil secara berhemah kerana sifat ‘panas’. Di Asia, kita sering dengar orang menyebut tentang buah yang ‘panas’ atau ‘sejuk’ bila menyatakan reaksi badan selepas dihadam. Saya tertarik dan tidak sabar mencari bahan semulajadi yang boleh mengimbangi elemen ‘panas’ dalam buah manjakani tanpa mengorbankan sifatnya yang luar-biasa.

Bermulalah eksperimen saya dengan buah ajaib ini. Terdapat pelbagai jenis buah manjakani dan juga pelbagai tahap kematangannya. Saya belajar mengenalpastinya dan menemui gabungan yang unggul untuk INFINITREE 1.

Kemudiannya saya menemui satu lagi bahan semulajadi yang telah digunakan secara rahsia sebagai Penawar untuk kecantikan dan awet muda sejak 5000 tahun yang lalu di mahligai maharaja Cina.

Saya mula menggaul kedua-dua ramuan ini – menyukat, membanding, mencari dan membuat nota – dengan pemikiran yang satu iaitu mendapatkan catuan dos yang tepat untuk formula saya. Semasa menjalankan semua ujian ini, saya menyedari betapa bahan yang kedua itu bukan sahaja meneutralisasi haba bahkan cukup sebati dengan buah manjakani.

Ada di kalangan pelanggan, yang telahpun mengguna produk herba saya yang lain, mendapati bahawa kulit saya kelihatan lebih lembap, lebih cerah dan berseri-seri. Mereka bersetuju membantu saya menjalankan ujian ke atas ramuan baru saya itu. Dengan persetujuan bersama, kami menyelia perkembangan kualiti dan penampilan kulit mereka bermula dari hari pertama penggunaan, satu atau dua kapsul, mengikut usia dan berat badan dan diambil setiap pagi selepas sarapan. Ketiga-tiga wanita ini yang masing-masing berusia 30, 36 dan 40 tahun, mempunyai pigmentasi yang gelap, cacat-cela, parut-parut jerawat lama, bintik-bintik merah dan rongga terbuka.

Hari 1Melawaskan perut sepenuhnya.

Hari 2Penambahan tenaga yang ketara manakala tekstur kulit lebih lembut bagi ketiga-tiga wanita.

Hari 3Jerawat-jerawat mula mengering, bintik-bintik merah mula pudar manakala nada kulit ketara lebih serata.

Hari 4Cacat-cela, pigmentasi dan jagat ketara kurang menonjol, menghilang sebanyak 60% dan kulit menjadi lebih mantap. Jerawat, jagat, cacat-cela dan pigmentasi lesap dan kulit mereka kelihatan ‘gebu’.

Hari 5Ketiga-tiga wanita kini senada lebih cerah, kulit mereka kelihatan lebih bersih dan lebih sihat.

Pada hari ke7, 3 orang wanita melonjak-lonjak teruja keliling saya dan meminta saya membuat lagi ramuan saya itu! Empat minggu kemudian, kesemua ‘penguji’ saya mempunyai kulit yang sempurna di samping kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda!

Cerita orang-orang tua bahawa QI adalah baik untuk wanita. Sememangnya benar kata-kata itu. Bagaimanapun, QI juga didapati juga baik untuk kaum lelaki dan remaja belasan tahun yang berat badan mereka melebihi 40/45 kg.

Infinitree 1 adalah untuk setiap ahli keluarga dan semuanya mengenai catuan dos.

Infinitree 1 adalah untuk semua – lelaki, wanita atau remaja belasan tahun.

Infinitree dan Manusia
Faedah Infinitree1 yang diperhatikan pada pengguna lelaki sangat menakjubkan. Kami memperolehi testimoni dalam mana dinyatakan bagaimana mereka dapati peningkatan tenaga yang nyata, mengenai tumbuhan kulit yang mengering dan gugur. Mereka juga perhatikan betapa tekstur kulit mereka lebih menghalus, membuat mereka kelihatan lebih muda.

Infinitree 1 dan Remaja Belasan Tahun
Faedah-faedah Infinitree 1 yang diperhatikan pada remaja belasan tahun boleh didapati pada wajah mereka yang gembira. Tiada rawatan perit, Tiada lagi bahan kimia berat yang memberi kesan jangka panjang, hanya 1 kapsul setiap selang hari selepas sarapan. Dalam masa minggu yang pertama, bintik-bintik hitam dan jerawat hodoh mula pudar.

Sepanjang 14 tahun saya telah mengamal pengambilan INFINITREE 1 dan begitu juga rakan-rakan dan para pelanggan.

Baru-baru ini, saya memberinya kepada anak perempuan saya yang berumur 14 tahun dan menghadapi masalah jerawat. Saya akui bahawa hasilnya menakjubkan dan sekarang-sekurangnya dia tidak akan menanggung derita remaja belasan tahun yang disebabkan jerawat dan cacat-cela yang hodoh.

Pada hari ini, saya gembira berkongsi dengan anda hadiah semulajadi ini, supplemen awet muda 100% herba yang terbaik, diformulasi penuh sempurna dan dikapsulkan untuk anda.

Genesis 1:29. Dan berfirmanlah Tuhan, “Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi, dan segala pohon-pohonan, yang buahnya berbiji; itulah akan menjadi makananmu”.