Login Form

Tidak ada account? Silahkan mendaftar.

Register Form

Profil Syarikat

Di INFINITREE, kami percaya bahawa Sang Alam menyajikan segala khasiat alam semulajadi yang kita perlukan untuk Mencegah dan Menyembuh.

INFINTREE adalah hakmilik Heaven Secrets SDN BHD, sebuah syarikat berdaftar di Malaysia yang bercita tinggi berdedikasi demi kesihatan dan kesejahteraan melalui formula herba lahiran inspirasi kami sendiri. Hanya menggunakan 100% bahan ramuan semulajadi yang paling bermutu, kami proses produk kami dengan amat cermat, dengan itu menjamin keberkesanan dan nilai khasiatnya.

Pendekatan Perubatan Tradisional kita berasaskan pada amalan purba penyembuhan, digabung dengan teknologi-teknologi bagi penganalisaan dan pengekstrakan herba.

Kajian empirik ke atas proses penuaan dan genetik telah menunjukkan bahawa pada hari ini, tidak mustahil lagi menukarbalik sesetengah kondisi turun-temurun yang umum.

Jenguk-jenguk Logo kami, INFINITREE.

MATLAMAT KAMI

  • Sebagai peneraju dan tonggak dalam perubatan tradisional, kesihatan dan kecantikan.
  • Sebagai pembekal dinamik dan inovatif bagi formula herba kami yang unik ke seluruh dunia.
  • Diiktiraf setanding dengan perubatan konvensional. Pada hari ini, perubatan tradisional ditempatkan di kedudukannya yang sah di Dewan Perubatan yang keramat itu dan kian ramai doktor memperakukan rawatan herba dijalankan seiringan perubatan biasa.

INFINITREE juga ingin melanjutkan idea ini ke tahap seterusnya. Pencegahan diberi keutamaan dalam visi kami dalam soal kesihatan, kesejahteraan dan kecantikan.

“Pencegahan lebih baik daripada pengubatan” “, Desiderius Erasmus (27 Oktober 1466 – 12 Julai 1536) bidalan beliau yang diketahui umum tetapi jarang sekali diamalkan. Perubatan moden hari ini sedang membuktikan, hari demi hari, akan kebenaran kata-kata Desiderius itu. Mempunyai pengetahuan mengenai sejarah genetik keluarga sendiri dapat membantu kita mengekalkan kesihatan yang baik sampai ke usia lanjut yang panjang, di samping mengurus atau mengubahbalikkan penyakit turun-temurun yang umum secara mengamal pengambilan makanan yang terkawal dan ubatan herba yang bersesuaian. Beginilah di INFINITREE, kami mengorak langkah dalam iltizam membentuk tubuh badan yang sihat dan kuat walaupun sudah berusia 60 tahun ke atas.

Dengan pemikiran sedemikian, maka kami menghidangkan produk terulung dari senarai yang panjang-lebar, “INFINITREE 1″ yang mempunyai sifat-sifat yang bertindak pantas lagi menakjubkan.

INFINITREE akan mempromosi visi dan amalan-amalannya dengan mengadakan kempen-kempen pencegahan dan kesedaran dengan kaedah semulajadi untuk membangkitkan para pengguna yang lebih sihat dan lebih arif.

ALAM SEKITAR

INFINITREE berpendirian tegas dalam soal yang menyentuh soal perlindungan alam sekitar. Kami dengan sepenuh-hati menggalak penggunaan dan amalan yang mesra-alam dalam segala aspek operasi kami oleh kerana perlindungan persekitaran pada hari ini merupakan tanggungjawab semua. INFINITREE adalah sebuah Syarikat Mesra-Alam.

CSR

INFINITREE’s Tanggungjawab Sosial Syarikat bagi INFINITREE akan bermula dari botol pertama yang dijual.
Bagaimana? Daripada hasil jualan setiap botol, seperatusan diketepikan untuk disedekahkan kepada yang memerlu.
INFINITREE ingin memainkan peranan sebagai ahli yang aktif dan teguh dalam masyarakat setempat dan sejagat demi kesejahteraan semua.

PRODUK


INFINITREE Ulung kalinya, “INFINITREE 1”.
Satu formula unik yang diproses di Malaysia oleh kilang-kilang pembuatan TPM Biotech.

AKHIR KATA

Terdapatnya masalah kesihatan dan persekitaran terkini, saya percaya sudah tiba masanya kita berpatah balik ke akar-umbi. Buat masakini, harga rawatan perubatan konvensyenal ketara begitu tinggi, hampir di luar kemampuan. Di Afrika Selatan, bilangan klinik tradisional Cina semakin bertambah semata-mata jenis rawatan perubatan ini menawarkan harga yang lebih termampu, disertai bukti keselamatannya dan hasilan yang teruji. Pendekatan-pendekatan Penyembuhan Semulajadi kian berkembang luas dan pantas.

Menyaksikan sendiri faedah-faedah formula saya ini, saya pasti bahawa telah tiba masanya untuk menyediakan dalam pasaran, produk yang dapat merevolusi pemahaman dan kepercayaan terhadap Perubatan Herba Tradisional.

INFINITREE diwujudkan dengan pemikiran bahawa pencegahan, penyembuhan dan sembuhan adalah satu kenyataan. Dari sudut ini, INFINITREE bertekad menjadi peneraju.